HomeIsu tempatanSentiasa kenang jasa pemimpin terdahulu - Andi

Sentiasa kenang jasa pemimpin terdahulu – Andi

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Golongan belia diseru untuk sentiasa mengenang jasa-jaga pemimpin terdahulu dalam memastikan negara mencapai kemerdekaan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Suryandy Bandy berkata, tanpa perjuangan pemimpin lalu, sudah pasti rakyat tidak akan berada pada masa ini.

“Selain itu, menerusi penganjuran program Amazing Youth Race juga akan dapat menyemarakkan lagi  semangat kemerdekaan terutama kepada golongan belia.

“Tujuan penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan lagi semangat kenegaraan masyarakat khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Amazing Youth Race di sini semalam.

Andi berkata, melalui program juga, beliau berharap agar semangat patriotisme dan cinta akan negara dapat dipupuk dalam kalangan belia.

Program Amazing Youth Race merupakan salah satu pengisian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah sempena bulan kebangsaan 2022.

Ianya melibatkan pelbagai acara antaranya Senam Cergas Sabah Maju Jaya, Aerofithon Keluarga Malaysia, gotong-royong, Fun Ride Hari Kebangsaan dan pameran Belia Berinovasi & Kreatif. 

Sementara itu, Andi berkata, kontinjen Sabah menyasarkan 40 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, September depan.

“Setakat ini, persediaan serta persiapan berjalan dengan lancar dan diharapkan agar para atlet berjaya mencapai sasaran sekaligus mengharumkan nama negeri,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Andi turut menyampaikan Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan Sabah kepada pelajar Kolej Vokasional Keningau, Alesyah Asa, satu-satunya pelajar Malaysia yang terpilih sebagai salah seorang calon 50 pelajar terbaik bagi anugerah Global Student Prize 2022.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KBS, Mansur Asun, Timbalan Setiausaha Tetap Pengurusan Belia, William Ahlan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Wilson Terrence Thomas dan Pengurus Besar Lembaga Sukan, Terrence Edward Pudin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular