NAFAS bakal menjadi pengeluar benih padi yang sah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

PULAU PINANG: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bakal menjadi pengeluar benih padi yang sah sekali gus memainkan peranan utama dalam sektor agromakanan negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, langkah itu dibuat untuk memastikan industri penghantaran benih padi itu lancar, sempurna dan efisien.

“Saya mengambil langkah untuk melihat pengagihan benih padi sah itu, diberi sepenuhnya kepada NAFAS walaupun NAFAS tidak pernah meminta dan memohon. Tetapi, saya melihat bahawa kita perlu beri satu percubaan dan memberi peluang kepada NAFAS untuk menjadi pengedar dan saya pilih untuk melantik NAFAS sebagai pengedar tunggal pada ketika itu.

“NAFAS ada kapasiti untuk menjadi pengeluar dan bersaing dengan pengeluar-pengeluar benih padi sah. Jadi bukan menjadi pengedar tunggal tetapi kita tambah baik kepada peluang yang lebih besar menjadi pengeluar benih padi sah,” katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pulau Pinang kali ke-48 Tahun 2022 di Kepala Batas hari ini.

Menurutnya, MAFI mahu melihat NAFAS terus menjadi pemain utama dalam sektor agromakanan negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *