HomeUtama4 guru Sabah wakili Malaysia dalam Program Pertukaran Guru SEAMEO TED

4 guru Sabah wakili Malaysia dalam Program Pertukaran Guru SEAMEO TED

Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Empat guru vokasional dari Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional (KV) Keningau merupakan kumpulan guru yang pertama dari negara ini terlibat sebagai tenaga pengajar dalam projek rintis pertukaran guru antara sekolah atau instititut vokasional di wilayah Asia Tenggara melalui SEAMEO TED yang dilaksanakan secara dalam talian.

SEAMEO TED adalah akronim kepada Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Technical Education (TED) merupakan satu cabang organisasi tersebut yang diwujudkan khas untuk pendidikan vokasional.

Menurut penyelaras program Dr. Sirhajwan Idek, selain dari KV Keningau, ada tiga sekolah lagi yang terlibat dari tiga negara berbeza iaitu Palapas National High School (Filipina), Saint Francois General Knowledge and Technical High School (Kemboja) dan SMK Global Teknologi (Indonesia).

Rakaman salah satu kelas yang dikendalikan oleh Anita Md Yasin https://youtu.be/hr8MVv16Evk

“Empat guru yang terlibat antaranya Anita Md Yasin dan Mujip Munib yang merupakan guru bakeri dan pastri serta Vienny Balakrishnan dan Erma Gagah yang masing-masing mengajar dalam bidang kosmetologi dan seni kulinari”, katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Manakala dua orang guru Dr. Sirhajwan Idek dan Sydney Engelbert Ganggang bertugas sebagai penyelaras program.

Dr Sirhajwan berkata, projek yang dirintiskan oleh empat sekolah ini merupakan aktiviti susulan dari bengkel bersemuka yang dilaksanakan di Kemboja pada bulan Julai 2022 anjuran SEAMEO TED yang berpangkalan di negara itu.

“Fasa pertama program pertukaran guru ini akan mengambil masa selama tiga bulan dengan kekerapan kelas sebanyak seminggu sekali. Minggu pertama bermula pada bulan September iaitu dari 5 sehingga 9 September 2022 dengan 14 kelas yang dikendalikan oleh guru yang berbeza dan topik yang berlainan.

“Selain dari empat guru ini, seramai 45 pelajar KV Keningau terlibat sebagai pelajar program pertukaran ini yang memerlukan mereka untuk hadir dalam kelas yang dikendalikan oleh guru guru dari negara Filipina, Indonesia dan Kemboja”, tambahnya.

Sementara, Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, menyifatkan penglibatan KV Keningau dalam projek ini sebagai salah satu inisiatif pengantarabangsaan sekolah itu bertujuan meningkatkan kemahiran para pelajar dan guru untuk berkomunikasi dengan komuniti dari budaya dan negara yang berbeza.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular