HomeUtama12 program diadakan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT

12 program diadakan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 12 program yang telah dan akan diadakan sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, program-program yang telah disusun atur itu dilaksanakan bermula Ogos lalu sehingga November depan.

“Sebanyak 12 program disusun sempena sambutan tersebut dimulai dengan program Konvoi Bermotosikal Berkuasa Tinggi PDRM bersama Tuan Yang Terutama (TYT) pada 27 Ogos lalu.

“Seterusnya, majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat akan diadakan pada 30 September ini bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Joachim berkata, istiadat perbarisan, Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat Kebesaran Negeri Sabah dan majlis Santapan Negeri akan berlangsung pada 1 Oktober.

“Sambutan Hari Etnik Sabah pula dijadualkan pada 07 Oktober bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang bakal menghimpunkan lebih 90 etnik negeri ini.

Antara program lain yang akan diadakan adalah majlis Perasmian Pameran Khas, “Dirgahayu Tuan Yang Terutama” pada 12 Oktober, majlis Jamuan Teh Kanak-kanak Istimewa dan Anak-anak Yatim (20 Oktober), majlis Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (21 Oktober), Berbasikal Bersama TYT (22 Oktober), Kejohanan Golf Amal TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah (29 Oktober) dan Malam Sanjungan Kasih (5 November).

Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS), Jaibit Jaudin bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang baharu, pada Khamis.

Menurut Jaibit, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan penyerahan semula pentadbiran KOPEKS kepada ALK daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada April lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya