HomeIsu tempatanPolis berkas tiga penganggur terlibat kes samun bersenjata

Polis berkas tiga penganggur terlibat kes samun bersenjata

Read Time:1 Minute, 28 Second

TAWAU: Tiga penganggur lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dengan kes samun bersenjata di Kampung Balung Cocos di sini pada Rabu.

Ketiga-tiga suspek itu berjaya diberkas oleh sepasukan polis dari D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Tawau dalam tiga serbuan berasingan pada hari yang sama suspek melakukan samun di kawasan Inderasabah dan Balung.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, semasa malam kejadian samun kira-kira jam 1 pagi, mangsa yang sedang tidur di rumah didatangi tiga orang lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan parang yang kemudiannya mengikat tangan dan kaki mangsa serta melarikan barang-barang peribadi milik mangsa bernilai anggaran RM90,000 termasuk barang kemas.

“Susulan kejadian itu, polis telah melancarkan operasi bagi mengesan suspek dan berhasil menahan suspek pertama dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang 60 Inderasabah.

“Dua lagi suspek kemudian berjaya ditahan di dua lokasi berasingan di Kampung Rancangan Batu 22,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kesemua suspek yang berusia antara 38 hingga 44 tahun serta barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Menurut Jasmin, hasil siasatan rekod jenayah lampau juga mendapati dua daripada tiga suspek terlibat dengan pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah.

“Suspek pertama pernah ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Manakala suspek kedua pula memiliki rekod jenayah dan dadah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12(3), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis menyifatkan tangkapan ini telah berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah agresif dan berbahaya di Daerah Tawau dan akan menggiatkan usaha bagi mengesan penjenayah dan pesalah dadah yang lain melalui operasi-operasi dari masa ke semasa,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular