Pemandu ambulan terlanggar kerbau melintas, hilang kawalan menyebabkan kemalangan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA BELUD : Akibat terlanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas di hadapan, seorang pemandu ambulan hilang kawalan lalu termasuk ke lorong laluan bertentangan jalan dan terlanggar sebuah kenderaan jenis 4X4 Isuzu Dmax dalam satu kejadian di jalan Kota Belud – Kota Marudu pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Shahrudin Mat Husain yang mengesahkan kejadian berkata, kejadian berlaku pada 8 Sept 2022 jam lebih kurang 1.30 pagi bertempat di jalan Kota Belud – Kota Marudu (Jalan Kesapang Kota Belud) telah berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah ambulan dan sebuah kenderaan jenis 4X4 Isuzu Dmax.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah ambulan milik Hospital Kota Marudu yang membawa pesakit ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu apabila sampai di tempat kejadian telah terlanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas di hadapan lalu menyebabkan pemandu ambulan yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 40 tahun telah hilang kawalan masuk ke lorong laluan bertentangan dan terlanggar sebuah kenderaan jenis 4X4 Isuzu Dmax yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 28 tahun.

“Dalam kejadian, kedua-dua pemandu ambulan dan Isuzu Dmax bersama penumpang kenderaan ambulan iaitu seorang doktor perempuan ,30, bersama seorang jururawat perempuan, 41, berserta pesakit perempuan berumur 37 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun kes masih disiasat di bawah rule 10 LN 166/59,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan patuhi undang-undang jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *