HomeSukanTawau rangkul Kejuaraan MSSS ke-54

Tawau rangkul Kejuaraan MSSS ke-54

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tawau muncul juara Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) kali ke-54 dengan merangkul 23 pingat emas; tujuh perak dan enam gangsa.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam itu telah dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Tah Nia Jaman di Stadium Likas.

Naib juara kejohanan dimenangi Ranau dengan pungutan pingat sebanyak 13 emas; 13 perak dan sembilan gangsa manakala tempat ketiga dimenangi Tambunan dengan pungutan pingat sebanyak 11 emas; 10 perak dan enam gangsa.

Beberapa rekod baharu turut dipecahkan menerusi acara lontar peluru; 100 meter; baling tukul besi; 400 meter; merejam lembing; lontar peluru; 200 meter; lompat tinggi dan 2000 meter lari berhalangan.

Atlet mewakili MSSD Sandakan, Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg Roslie berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan kejohanan kategori 18 tahun ke bawah selepas berjaya meraih dua pingat emas dan satu pingat perak.

Beliau juga turut memperbaharui rekod baharu menerusi acara 100 meter dan 200 meter.

Manakala atlet mewakili MSSD Keningau, Maryjane Juberin berjaya dinobatkan sebagai Olahragawati kategori 18 tahun ke bawah selepas berjaya meraih satu pingat emas bagi acara merejam lembing seterusnya memecahkan rekod baharu kejohanan.

Terdahulu, Tah Nia ketika berucap berkata, penganjuran kejohanan itu adalah merupakan satu wadah menyeluruh kearah memupuk budaya bersukan serta menyemai semangat perpaduan di kalangan murid-murid sekolah.

Katanya, ia juga merupakan satu kesepakatan daripada 24 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sama-sama hadir menghantar kontinjen masing-masing.

“Anak-anak yang berada bersama-sama dengan kita ini merupakan permata yang perlu digilap bakat sukan mereka sehingga mampu bersinar di persada yang lebih tinggi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya