HomeIsu tempatanSky raih Johan Kuiz ASEAN Kebangsaan 2022

Sky raih Johan Kuiz ASEAN Kebangsaan 2022

Read Time:35 Second

RANAU :  Berkongsi maklumat dan pengetahuan menjadi kunci kejayaan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau, Sky Broxlyne Roy Maxwill yang meraih Johan Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022.

Pada pertandingan tersebut, Sky berjaya menewaskan seramai 36,508 peserta dalam Kategori Murid Sekolah Rendah secara dalam talian pada Julai lalu.

Pelajar Tingkatan 3 di sekolah berkenaan juga giat membuat kajian, bertukar  pendapat dengan rakan-rakan dari luar negara serta kerap bertanya kepada guru-guru sebagai persiapannya mewakili Malaysia ke peringkat rantau, Disember ini.

Sky yang hadir dalam Program Merdeka@Komuniti Kampung Libang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Ranau menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa di Dewan Serbaguna Kampung Libang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya