HomeIsu tempatanTuaran membangun sebagai hab tarikan pelancongan luar bandar

Tuaran membangun sebagai hab tarikan pelancongan luar bandar

Read Time:1 Minute, 36 Second

TUARAN: Daerah Tuaran yang kini mula berkembang pesat berada pada kedudukan yang baik untuk dijadikan sebagai hab pelancongan dengan pelbagai daya tarikan pengunjung khususnya dari dalam dan luar negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, ia juga merupakan satu langkah positif dalam membantu Kerajaan bagi mewujudkan kawasan pelancongan di sepanjang laluan antara daerah ini dan Kota Belud apabila siap pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) nanti.

“Saya melihat daerah ini sebagai pintu masuk yang penting kepada pelancongan luar bandar dan permata tersembunyi di negeri ini.  Dimana para pengunjung akan dapat merasai budaya dan tradisi yang yang ada di sini.

“Selain itu, daerah ini juga mempunyai pusat peranginan bertaraf lima bintang, padang golf, pelancongan eko dan kebudayaan serta makanan yang enak bagi memenuhi keperluan semua orang,” katanya ketika merasmikan Pusat Pameran Susui Sangod Borneo di sini kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Syahrin Samsir, Pengarah Ladang Buaya Tuaran Chai Wee Ying, dan Pengasas Muzium Lotud Borneo Padiman Jabau.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, pembinaan koridor pelancongan yang menghubungkan Tuaran dan Kota Belud akan menjadikan kedua-dua daerah itu maju dengan limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Katanya, faktor itu juga turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi berkenaan.

“Justeru saya menyeru kepada semua pengendali pelancongan untuk mempelbagaikan atau meningkatkan lagi penawaran produk bagi memastikan sektor pelancongan di daerah ini terus maju seterusnya memenuhi keperluan pengunjung,” katanya.

Susui Sangod Borneo ialah tarikan baharu yang dijalankan dengan kerjasama Muzium Lotud Borneo dan Ladang Buaya Tuaran. 

Sambil memuji usaha kolaboratif untuk mempamerkan budaya, Joniston menyatakan bahawa produk pendidikan sebegini sangat diperlukan untuk memberi inspirasi kepada pengunjung untuk memahami lebih lanjut tentang warisan asli Sabah serta penduduk tempatan mengenali kepentingan tradisi mereka.

Pada bulan Januari, Ladang Buaya Tuaran turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan Muzium Lotud Borneo dan Chanteek Borneo untuk mengubah ruang rumah panjangnya yang tidak digunakan dalam perkarangan itu kepada Makmal Warisan Momogun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya