Wanita cemas terima SMS tunang tunjuk kain sarung terikat di kipas siling rumah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang wanita cemas selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari tunangnya yang menunjukkan gambar sehelai kain sarung terikat di kipas siling rumah yang terletak di Universiti Condo Apartment 1, Jalan Sulaman, Menggatal dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pengadu seorang wanita berumur 35 tahun melaporkan kejadian pada jam 8.16 pagi tadi (20 Sept).

Katanya, semasa pengadu berada di tempat kerja di sebuah hospital Kota Kinabalu, pengadu telah menerima SMS daripada tunangnya (suspek) berumur 36 tahun menunjukkan gambar sehelai kain sarung terikat di kipas siling di rumah abang pengadu.

“Pengadu juga menerima SMS seterusnya menzahirkan seolah-olah tunangnya mahu membunuh diri.

“Pengadu terus menghubungi pihak Bomba untuk meminta pertolongan pergi ke alamat rumah abangnya itu, kerana mensyaki tunangnya yang tinggal di sana hendak membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, setiba pihak Bomba di lokasi kejadian, pihak Bomba menghubungi pengadu semula dan memaklumkan tunangnya tidak ada di dalam rumah tersebut, cuma yang ada nota dan kain sarung yang terikat di kipas siling rumah berkenaan.

“Pengadu kemudiannya membuat laporan polis dan meminta pihak polis untuk menjejaki keberadaan tunangnya itu,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *