HomeUtamaGiatMARA Sabah meneraju bidang kemahiran industri Barista & Pastry

GiatMARA Sabah meneraju bidang kemahiran industri Barista & Pastry

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: GiatMARA Sabah melangkah setapak ke hadapan lagi dengan memperkenalkan kursus pengkhususan terbaru, Beverage Management yang ditawarkan di GiatMARA Sepanggar.

Kursus ini merupakan kursus pertama seumpamanya yang ditawarkan di GiatMARA seluruh Malaysia.

Majlis pelancaran Kursus Beverage Management telah disempurnakan oleh Pengerusi GiatMARA Malaysia, Dato’ Dr Din Adam bersama Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA Malaysia, Dato’ Jabar Azman Jaafar di GiatMARA Sepanggar pada Rabu lalu.

Pada majlis itu, Dato’ Pengerusi seterusnya menyerahkan Dokumen Kurikulum (DK) Kursus Beverage Management yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan GiatMARA kepada pengurus GiatMARA Sepanggar, Firdaus Habibi Abdullah sebagai simbolik pelaksanaan kursus berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan GiatMARA Sabah hari ini, kursus tersebut menawarkan latihan selama tiga bulan di GiatMARA Sepanggar dengan keperluan melengkapkan empat modul utama pembelajaran. Pengambilan pertama akan bermula pada Januari 2023. Tidak hanya mensasarkan lepasan GiatMARA sedia ada, kursus ini juga terbuka kepada belia yang berminat untuk mempelajari bidang Beverage Management.

Katanya, yang menarik di GiatMARA Sepanggar ini telah sedia ada ditawarkan kursus kulinari iaitu Pramusaji dan Makanan, Konfeksioneri dan Pastri serta kursus pengkhususan Bread Artisan.

“Bertepatan dengan fungsinya yang sedang dalam perancangan untuk diangkat sebagai Akademi Kulinari GiatMARA Sabah, kursus Beverage Management dilihat sebagai kursus pelengkap. Tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan memilih GiatMARA Sepanggar sebagai pelopor kursus baru ini.

“Diharapkan kursus ini dan kursus sedia ada yang ditawarkan dapat menarik lebih ramai belia dan masyarakat setempat untuk meneroka bidang kulinari seterusnya mengembangkan lagi industri Barista dan Pastry di Sabah,”katanya.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di GiatMARA, boleh layari laman web www.giatmara.edu.my untuk maklumat lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya