HomeUtamaPERKESO hasrat bangunkan Pusat Satelit MYFutureJobs di UMS

PERKESO hasrat bangunkan Pusat Satelit MYFutureJobs di UMS

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhasrat untuk membangunkan sebuah Pusat Satelit MYFutureJobs di kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Eksekutif PERKESO Dato Sri Mohammed Azman Dato Aziz Mohammed berkata, ia adalah bagi memberi kemudahan fizikal kepada para graduan UMS mendapat manfaat perkhidmatan pekerjaan daripada PERKESO.

Katanya, ia termasuklah bantuan carian pekerjaan, kaunseling kerjaya, job coaching, termasuklah persiapan temu duga oleh Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.

“Portal Pekerjaan Negara, MYFuturejobs yang dibangunkan oleh PERKESO sejak 2017, menyediakan pelbagai perkhidmatan pekerjaan termasuk bantuan carian dan padanan pekerjaan antara pencari kerja dan bakal majikan.

“Kami juga berharap perkhidmatan ini dapat menangani isu pengangguran di Sabah. Berdasarkan statistik MYFutureJobs pada tahun ini, seramai 131,754 individu telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan sehingga kini, di mana 10,690 daripadanya merupakan anak jati Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan PERKESO di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UMS Profesor Madya Dr Raman Noordin.

Mohammed Azman berkata, pemeteraian MoU yang dilaksanakan itu diyakini akan mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara kedua organisasi bagi memperluas perkhidmatan pengurusan hilang upaya, kemudahan rehabilitasi dan program perkhidmatan pekerjaan di UMS.

Katanya, jalinan kerjasama itu juga meliputi bidang intervensi neurologi dan robotik, kesihatan mental, kemahiran kesihatan bersekutu, latihan vokasional, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Program Return to Work dan pemerkasaan Portal MYFutureJobs.

“Ia akan dilaksanakan menerusi  pengajaran dan pembelajaran dalam program pra-siswazah dan pascasiswazah serta dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

“Walaupun MoU belum lagi dilaksanakan secara rasmi, namun kolaborasi dua hala telahpun bermula lebih awal.

“Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS atas kerjasama sebagai rakan strategik Pusat Rehabilitasi PERKESO sejak 1 Jun yang lalu bagi menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang komprehensif khususnya kepada masyarakat di negeri di bawah bayu ini,”katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya