HomeUtamaMAFI laksana pembaharuan, transformasi perkasa NAFAS dan Pertubuhan Peladang

MAFI laksana pembaharuan, transformasi perkasa NAFAS dan Pertubuhan Peladang

Read Time:1 Minute, 53 Second

GENTING HIGHLANDS : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan transformasi bagi memperkasakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang di setiap peringkat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 2021 yang telah mengembalikan semula hak memilih kepada ahli peladang dalam memilih Ahli Jemaah Pengarah.

“Selain itu, mulai Februari 2021 lalu, MAFI telah menguatkuasakan penetapan harga siling benih padi sah pada paras RM35 per beg bagi mengelakkan manipulasi benih dan harga di lapangan.

“Seterusnya, mulai 1 Julai 2021 yang lalu, sebagai langkah penambahbaikan berterusan bagi memastikan benih padi dapat disampaikan kepada pesawah secara lebih cekap, MAFI telah melantik 12 buah syarikat sebagai panel pengeluar benih padi sah dan 13 buah syarikat termasuk NAFAS sebagai pemborong benih padi sah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) di sini kelmarin.

Dr Ronald berkata, NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) mahupun Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) perlu terus memainkan peranan yang lebih agresif dalam keseluruhan rantaian nilai agromakanan seterusnya menjayakan agenda mentransformasi sektor agromakanan supaya menjadi lebih moden, maju dan berdaya saing.

“Dalam hal ini, saya percaya, PASFA dan Pertubuhan Peladang secara keseluruhannya akan terus memperkasa dan melipatgandakan usaha dengan tadbir urus baik dalam meningkatkan taraf ekonomi ahli-ahli pertubuhan peladang sesuai dengan objektif, visi dan misi penubuhannya.

“Pertubuhan Peladang juga perlu mempelbagaikan perniagaan termasuk menceburi dalam pengeluaran benih padi sah seperti PPK Lahar Bubu di Pulau Pinang. Ini penting bagi memastikan pertubuhan ini terus kekal relevan menjadi satu pelaburan jangka masa panjang yang memberi pulangan lebih lumayan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) juga telah mula melaksanakan pelan agar Pertubuhan Peladang terlibat secara langsung dalam Pengeluaran Benih Padi Sah Negara dengan mengutamakan kualiti yang terbaik untuk digunakan oleh ahli-ahli Peladang dan pesawah.

Katanya, LPP melalui Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang dan inisiatif Mekanisasi dan Automasi di bawah RMKe-12 akan turut meningkatkan pemilikan jentera dan peralatan kecil dalam kalangan peladang dan pesawah bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyedia perkhidmatan lantas mengurangkan kos operasi.

“Jenis mekanisasi ladang ini termasuk mesin excavator dan mesin jentuai Dan saya juga telah minta Ketua Pengarah LPP untuk menyelaras segera permohonan tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya