HomeSukanSUKMA XX : Skuad perahu layar Sabah capai sasaran dua emas

SUKMA XX : Skuad perahu layar Sabah capai sasaran dua emas

Read Time:1 Minute, 10 Second

KUALA LUMPUR: Skuad perahu layar Sabah menyerlah dengan merangkul dua pingat emas, lima perak dan satu gangsa di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 pada hari terakhir acara itu yang berlangsung di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.

Pingat emas pertama dimenangi Nascar Chong Na Jia dalam acara Optimist individu wanita. Muhammad Asnawi Iqbal Adam kemudian menggandakannya menerusi acara lelaki ICL 4.

Pingat perak dimenangi Mohd Syahieradham Raiman dalam acara Optimist individu lelaki, Gabrielle Marygrace Yong Poquita (wanita ICLA 6), Nur Awatif Safri (wanita ICLA 4), Marcella Wilson Villaceran (wanita Techno 293) dan pasukan campuran Optimist.

Pasukan campuran Optimist Sabah dianggotai Nascar, Mohd Syahieradham Raiman, Zeti Irdina Zainal, Nurhafizanah Zailan dan Bibi Qeesha.

Pingat gangsa pula dimenangi Mohammad Shahieran Raiman dalam acara lelaki ICLA 6.

Presiden Persatuan Perahu Layar Sabah yang juga jurulatih, Zainal Madi berkata, ia merupakan pencapaian yang membanggakan kerana ia bukan sahaja mengotakan sasaran dua pingat emas tetapi mencapainya dalam kesukaran.

“Pencapaian ini amat menggembirakan. Walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca tidak menentu, kami berjaya menang pingat termasuk pingat emas.

“Tahniah kepada semua atlet atas usaha dan tekad mereka, kami gembira dengan pencapaian ini,” katanya.

Zainal berkata, skuad perahu layar Sabah menyenaraikan 11 atlet dan bertanding dalam sembilan daripada 14 acara yang dipertandingkan.

“Kebanyakan atlet itu masih layak bertanding pada SUKMA akan datang. Kami tentunya akan terus berusaha mempertingkatkan prestasi untuk tampil dengan lebih kuat pada SUKMA akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya