HomeUtamaKerajaan Negeri perjelaskan isu pengambilan semula terhadap tanah yang diberikan SFI

Kerajaan Negeri perjelaskan isu pengambilan semula terhadap tanah yang diberikan SFI

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Laporan daripada portal-portal media yang menyatakan pekerja-pekerja Sabah Forest Industry (SFI) dihalau oleh Kerajaan Negeri adalah palsu dan langsung tidak mempunyai asas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, susulan daripada pengambilan semula oleh Kerajaan Negeri terhadap tanah yang diberikan kepada SFI, prosedur piawai bagi Kerajaan Negeri adalah untuk memberikan notis kerajaan kepada SFI tentang pengambilan semula tersebut dan seterusnya memiliki dan mengawal tanah-tanah tersebut.

Katanya, setelah penerbitan kedua Gazet dibawah seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah, Bab 69, pemilik-pemilik tanah yang terlibat atau pihak yang berkepentingan dimaklumkan dan diberikan notis mengenai pengambilan tanah tersebut.

“Struktur-struktur dan bangunan dalam tanah tersebut, bebas daripada sebarang bebanan diberikan hak kepada Kerajaan dan akan dianggap telah diserahkan oleh pemilik sah atau pihak berkepentingan.

“Oleh itu, pemilikan kosong dianggap telah diberikan kepada Kerajaan Negeri,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa pekerja-pekerja SFI dan staf-staf am yang masih tinggal di dalam premis-premis masih boleh kekal tinggal di sana di mana mereka akan diserap semula sebagai pekerja, jika mereka inginkan, di bawah skim Kerajaan Negeri untuk pembangunan hutan balak yang mampan selaras dengan tujuan pengambilan tanah tersebut bagi maksud seksyen 2 Ordinan Pengambilan Tanah.

“Pada masa yang sama, isu mengenai gaji tertunggak juga akan ditangani dan diselesaikan dengan adil dan saksama dengan cara yang akan mencerminkan kemahiran pekerja-pekerja SFI yang berharga dan sumbangan mereka kepada ekonomi negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya