HomeIsu tempatanKhidmat 'Konsultasi Berhenti Merokok' untuk perokok yang ingin berhenti merokok

Khidmat ‘Konsultasi Berhenti Merokok’ untuk perokok yang ingin berhenti merokok

Read Time:1 Minute, 29 Second

SANDAKAN: Penduduk tempatan di daerah ini yang ingin berhenti merokok boleh mengunjungi Klinik Kesihatan Sandakan untuk “Konsultasi Berhenti Merokok”.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sandakan Chan Boon Thian berkata, masyarakat di daerah ini yang bercadang ingin berhenti merokok boleh hadir dan mendapatkan bantuan konsultasi di klinik Kesihatan Sandakan.

“Sesiapa sahaja dalam kalangan masyarakat Sandakan yang bercadang untuk berhenti merokok boleh datang ke Bilik 15 Klinik Kesihatan Sandakan untuk mendapatkan petua berhenti merokok bagi membantu mereka merealisasikan matlamat ini dengan berkesan,” kata Chan selepas menghadiri kempen Implikasi Menghisap Rokok dan E-rokok Terhadap Kesedaran Kesihatan di dua buah sekolah menengah di sini baru-baru ini.

Chan merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Sandakan, pengetua Sekolah Menengah (SM) St Mary dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, dan guru masing-masing atas usaha mereka menjayakan majlis tersebut.

Chan berkata, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sandakan mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan ceramah kesedaran dan melukis poster sempena program Berhenti Merokok Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kajian mengenai kadar kelaziman merokok menunjukkan 21.3 peratus penduduk atau 4.9 juta rakyat Malaysia seawal usia 15 tahun mengamalkan tabiat itu, manakala bagi Sabah kadarnya ialah 25 peratus atau 729,360 perokok, kata Chan.

“Menurut data, rokok menurun secara drastik tetapi vaping dan e-rokok mencatatkan peningkatan mendadak terutamanya di kalangan remaja,” tambah Chan.

Sementara itu, Penceramah Dr Kenneth Jackson Singli dan Dr Chong Mei San semasa sesi masing-masing di SM St. Mary dan SMJK Tiong Hua, menekankan risiko kesihatan rokok tradisional, E-rokok dan vape.

Chan menyokong penuh Rang Undang-undang ‘Generational End-Game’ Kementerian Kesihatan dan strategi MPOWER untuk mengurangkan kelaziman merokok di negara ini.

Turut hadir ialah pegawai bertanggungjawab Klinik Kesihatan Sandakan Dr. Zaiton Yahaya, pengerusi penganjur Lily Aw, jawatankuasa panel Thomas Tsang dan Chong Thau Kuen.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya