HomeIsu tempatanTPPP terus laksana usaha pemuliharaan penyu

TPPP terus laksana usaha pemuliharaan penyu

Read Time:2 Minute, 11 Second

SANDAKAN : Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) terus mengorak langkah melaksanakan usaha pemuliharaan dengan kerjasama pelbagai agensi dalam dan luar negara seiring dengan matlamat pelan strategik Taman-Taman Sabah (TTS) iaitu pengurusan bertaraf dunia.

Pengarah TTS, Dr Maklarin Lakim berkata, antara program yang dilaksanakan termasuklah penandaan penyu (tagging) yang dimulakan sejak tahun 70an dan sehingga 1 Oktober lalu sebanyak 100,050 ekor penyu telah pun dipasang penanda (inconel dan monel tag).

Katanya, pada 2016, TPPP memperkenalkan program angkat sarang penyu (nest adoption) yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran pemuliharaan penyu, menjana pendapatan tambahan untuk penyelenggaraan dan kerja-kerja pemuliharaan.

“Pada 2016 hingga 1 Oktober lalu sebanyak 1,951 sarang angkat berjaya diangkat dengan nilai RM100 satu sarang.

“Kita berterima kasih kepada pengurus-pengurus TPPP yang terdahulu kerana atas usaha dan cadangan mereka maka beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti Turtle Island Heritage Protected Area(TIHPA) Malaysia dan Filipina.

“Dengan tertubuhnya TIHPA kita dapat berkongsi data dan maklumat penyu bagi kedua negara, begitu juga dengan cadangan pencalonan untuk Asian Heritage Park untuk TPPP telah di bincangkan di mesyuarat TIHPA dan usaha sedang giat dilaksanakan untuk direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program hari ulang tahun pewartaan TPPP kali ke-45. Teks ucapannya dibacakan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) Fazrullah Rizally And Razak.

Maklarin berkata, bagi meneruskan usaha pemuliharan penyu, pihaknya telah berkerjasama dengan agensi kerajaan didalam usaha penguatkuasaan telur penyu seperti Jabatan Hidupan Liar,Jabatan Perikanan, Majlis Perbandaraan Sandakan, Pasukan Gerakan Am,Polis Diraja Malaysia,Angkatan Tentera Malaysia.

“Antara kerjasama tersebut ialah terlibat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK pada tahun 2021) dan Operasi Telur Penyu.

“Untuk tempoh lima tahun (2018 hingga 30 September 30) unit penguatkuasaan TPP telah membuat sebanyak 2,888 rondan di perairaan TPP dan Kompaun RM 6,000 (satu kes),amaran bertulis 14 dan tidak ada kes mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Maklarin berkata, pandemik COVID-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada TPPP khususnya kedatangan pelancong telah merosot.

Katanya, berdasarkn statistik, kedatangan pelancong ke TPP, sebelum pandemik (2019) sejumlah 9,093, manakala sewaktu pandemik (2020 dan 2021) hanya 3,780 orang dan apabila sempadan negara dibuka (selepas pendemik) 2022 (Jan–September) sejumlah 2,417 pelancong.

Tambahnya, kesan dari pendemik COVID-19 menyebabkan kutipan hasil TPP merudum 68 peratus (2020) 70 peratus.

“Di samping kesan pendemik covid-19, TPP telah merekodkan kadar pendaratan penyu bertelur meningkat pada tahun 2020 (GT:17,519/HB:237 ekor), 2021(GT23,522/HB:260 ekor) berbanding tahun sebelum pendemik 2019(GT:16,616/HB:226ekor).

“Di antara penyebabnya ialah kurang gangguan (tiada pelawat), kurangnya pergerakan bot-bot pelancong dan bot-bot nelayan yang lalu di sekitar perairan TPP,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya