Hajiji hadiri Mesyuarat Jawatankuasa BERSATU Bahagian Tuaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:26 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian itu di pejabat parti itu di Pekan Tuaran dekat sini, pada Ahad.

Mesyuarat itu membincangkan persiapan Persidangan BERSATU Bahagian Tuaran yang akan diadakan pada bulan Oktober ini, selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman, Ketua Srikandi Bahagian, Datuk Jamaliah Antalip dan ahli-ahli jawatankuasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *