HomeIsu tempatanLPKP Sabah laksana Program Ubah Laluan Bas Berhenti-henti Tawau & Sandakan

LPKP Sabah laksana Program Ubah Laluan Bas Berhenti-henti Tawau & Sandakan

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah melaksanakan Program Ubah Laluan Bas Berhenti-Henti dan membuka permohonan kepada pengusaha bas berhenti-henti di daerah Tawau dan Sandakan bermula 3 hingga 31 Oktober 2022.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, program itu dilaksanakan berikutan beberapa isu yang melibatkan perkhidmatan bas berhenti-berhenti di daerah Tawau dan Sandakan menerusi aduan orang ramai dan tinjauan LPKP Sabah.

Katanya, semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah bertempat di Bilik Mesyuarat LPKP Sabah, Kota Kinabalu pada 28 September lalu beliau telah dimaklumkan mengenai isu berkenaan .

“Antara isu yang telah dibangkitkan adalah laluan operasi sedia adalah tidak seimbang yang mana ianya tidak menguntungkan pengusaha pengangkutan awam dan jumlah kekerapan laluan bas berhenti-henti tidak.memenuhi keperluan penduduk di kawasan terbabit selain terdapat pengusaha yang beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan.

“Bagi menangani isu ini, mesyuarat bersetuju bagi LPKP Sabah untuk melaksanakan Program Ubah Laluan Bas Berhenti-Henti dan membuka permohonan kepada pengusaha.bas berhenti-henti di daerah Tawau dan Sandakan bermula 3 hingga 31 Oktober 2022,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Chin, menerusi program ini pengusaha bas berhenti-henti adalah dibenarkan untuk mengubah laluan operasi sedia ada kepada laluan yang lebih menguntungkan pengusaha dan sekaligus dapat memenuhi keperluan pengangkutan masyarakat setempat.

“Pengusaha yang berminat dan memenuhi syarat untuk menyertai program ini boleh mengisi borang permohonan menerusi laman sesawang LPKP Sabah di
https://www.lpkpsabah.gov.my.,” katanya.

Untuk rekod, jumlah pemegang lesen bas berhenti-henti bagi daerah Tawau sehingga 30 September 2022 adalah sebanyak 346 melibatkan empat zon serta 33 laluan. Manakala bagi daerah Sandakan, jumlah pemegang lesen bas berhenti-henti adalah sebanyak 676 melibatkan tiga zon serta 61 laluan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular