100 peserta sertai kursus kesedaran halal

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

SANDAKAN : Seramai 100 peserta sekitar daerah ini telah menyertai Kursus Kesedaran Halal (Penyembelihan) yang dianjurkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi kursus itu semua peserta akan mendapat latihan serta bimbingan melalui tenaga pakar berkaitan halal.

Katanya, ia termasuklah penyembelihan yang mengikut syarak iaitu halal dan toyib dari segi pelaksanaan penyembelihan.

“Saya yakin program ini dapat menyemarakkan kesedaran kita berhubung dengan pembudayaan ilmu dan kemahiran-kemahiran ilmu halal yang sangat penting untuk dipelajari dan dihayati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kursus tersebut di Masjid Daerah di sini, semalam.

Mohd Arifin berkata, pihaknya juga memberi pendidikan serta kefahaman tentang kesedaran halal yang bukan sahaja berperanan kepada MUIS tetapi peranan kepada umat Islam keseluruhannya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar dan Setiausaha yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *