Kontraktor dinasihatkan supaya menghentikan kemuka dokumen palsu bagi mendapatkan sebarang tender – Karunanithy

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Para kontraktor di negeri ini dinasihatkan supaya menghentikan kemuka sebarang dokumen palsu untuk mendapatkan sesuatu tender kerana untuk mengelak daripada disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah berkata, kes pemalsuan dokumen untuk mendapatkan sesuatu tender kerajaan kebanyakannya dilakukan dari kalangan kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah.

“Saya menasihatkan kepada para kontraktor supaya menghentikan kemuka sebarang dokumen palsu bukan saja penyata bank palsu tetapi juga baru-baru ini sijil kontraktor palsu, ini adalah supaya tidak disiasat dan di bawa ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media semasa Program “Networking” SPRM bersama Media di Striker’s Bowl, Marina & Country Club, Sutera Harbour di sini, semalam.

katanya, para kontraktor yang mengemukakan dokumen palsu iaitu salah satunya penyata bank palsu jadi banyak tindakan yang telah diambil oleh pihak SPRM malah telah menangkap serta membawa mereka ke muka pengadilan dan kebanyakan mereka telah mengaku salah dan telah dijatuh hukum.

“Kita melihat perkara ini penting dan para kontraktor perlu mengambil iktibar supya tidak mengemukakan segala dokumen palsu kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta SPRM dan juga Panel Code di Bawah Seksyen 471.

“Bagaimanapun untuk membanteras kes-kes berkenaan terus berleluasa pihak SPRM Sabah terus berusaha dan telah mengadakan forum-forum untuk para kontraktor seperti di Tawau tahun lalu dan dengan kerjasama Kementerian Kewangan turut diadakan forum di Kota Kinabalu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka (kontraktor) mengenai kes-kes kesalahan melibatkan rasuah,” katanya.

Menyentuh mengenai program SPRM bersama Media itu, Karunanithy berkata, ianya sebagai penghargaan kepada rakan media yang sentiasa memberikan sokongan kepada SPRM Negeri Sabah dalam menyebar luas mesej pencegahan rasuah.

“Peranan penting media sebagai medium untuk menyampaikan mesej antirasuah jelas dinyatakan di dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) di bawah inisiatif 2.4.9 iaitu menyebarluas mesej antirasuah dalam konteks hubungan antara insan melalui pelbagai saluran media secara berterusan,” katanya.

Sementara, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SPRM Sabah atas usahasama menjayakan penyebaran mesej antirasuah kepada masyarakat.

Beliau berharap agar usaha-usaha seumpama ini dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa-masa akan datang.

Dalam program itu turut diadakan pertandingan bowling SPRM bersama rakan media.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *