Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan tetap menggunakan logo gabungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun ia menjadi parti komponen yang membentuk Perikatan Nasional (PN)
Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki bersama keluarga, karam dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kg Rampaian Laut dekat sini petang tadi.
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM573.96 juta yang akan bermula bulan ini sehingga Disember depan.
Presiden Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA) Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1444H/2022M peringkat negeri Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, mengumumkan bahawa mesyuarat Kabinet negeri telah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuatkuasa serta merta.
Pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) merupakan satu platform yang baik bagi menerapkan budaya mengamalkan aktiviti bersukan dan riadah dalam kalangan masyarakat setempat.