HomeIsu tempatanPIBG sumbang Smart TV, realisasikan Transformasi Digital SK Api Api

PIBG sumbang Smart TV, realisasikan Transformasi Digital SK Api Api

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api menyerahkan 30 buah unit Smart TV (televisyen pintar) kepada sekolah berkenaan bertujuan merealisasikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan aplikasi digital.

Sebanyak 13 unit televisyen telah dipasang dan mula digunakan di kelas-kelas terpilih di bawah program ‘Smart Classroom’ (bilik darjah pintar), meliputi tahun satu hingga enam, manakala 17 unit lagi akan diterima oleh pihak sekolah di bawah fasa kedua.

Penggunaan Smart TV ini dijangka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran digital di sekolah secara berkesan seiring dengan program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Suhaimi Matshah yang merasmikan program ‘Smart Classroom Pemangkin Transformasi Digital Sekolah’ di SK Api Api, menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG atas inisiatif tersebut.

“Pengajaran pada masa ini disokong oleh aplikasi digital. Murid pun seronok apabila dapat belajar menggunakan Smart TV. Usaha ini juga selaras dengan cara pembelajaran di peringkat global.

“Saya berharap Smart TV ini akan digunakan dengan sebaiknya untuk manfaat guru dan murid,” katanya pada majlis itu di sini baru-baru ini.

Beliau turut menyaksikan gimik penyerahan Smart TV dari Yang Di-Pertua PIBG Nazir Salleh kepada Guru Besar SK Api Api Mohd Hafiz Zuraimy Damsah, sebelum melawat kelas-kelas yang telah mula menggunakan televisyen itu.

Sementara itu, Mohd Hafiz dalam ucapannya berkata pihak sekolah telah mengutarakan keperluan untuk Smart TV kepada PIBG bagi merealisasikan pembelajaran yang berkesan, dan ia disambut baik.

Katanya, usaha itu juga selari dengan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meluaskan transformasi digital di peringkat sekolah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

YKS, Petronas jalin kolaborasi sedia 250 ‘Desferal Infusion Pump’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya