HomeIsu tempatanSPRM tahan wanita cuba sogok pegawai PGA

SPRM tahan wanita cuba sogok pegawai PGA

Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai cuba menyogok pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadapnya yang cuba membawa keluar barang-barang kawalan ke Filipina.

Suspek wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah Cawangan Tawau kira-kira jam 5.40 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek yang merupakan warganegara Malaysia dipercayai memberi rasuah berjumlah kira-kira RM800 kepada pegawai PGA yang sedang bertugas di Pulau Mataking.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, tiada permohonan reman dibuat dan suspek dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin pada hari yang sama.

Jelas beliau, hasil tangkapan tersebut merupakan kerjasama antara PGA dan SPRM Negeri Sabah Cawangan Tawau dalam usaha membanteras rasuah di kawasan berkenaan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan menawar atau memberi sebarang sogokan kepada pejawat awam khususnya pegawai penguat kuasa kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

“Pejawat awam juga wajib membuat laporan kepada SPRM sekiranya timbul sebarang aktiviti sogokan kerana kegagalan untuk berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta SPRM 2009,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya