3 kedai dua tingkat terbakar di Putatan

Read Time:36 Second

PUTATAN: Tiga buah kedai dua tingkat musnah terbakar dalam satu kejadian di Jalan Putatan Plaza, di sini petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.30 petang tadi (15 Okt) mengenai kejadian itu.

“Sepasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan tiga buah kedai dua tingkat jenis kekal terbakar 100 peratus di bahagian atas tempat penyimpanan peralatan elektrik.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba dan jentera water tanker.

“Operasi terkawal pada jam 3.20 petang secara overhaul, bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.

“Seterusnya setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 5.06 petang tadi,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.