HomeIsu tempatanPelajar baharu FPT semarak Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pelajar baharu FPT semarak Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Seramai 152 pelajar baharu Fakulti Perhutanan dan Tropika (FPT) sesi 2022/2023 Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut serta dalam menyemarakkan kempen penanaman 100 juta pokok di Sfera@UMS, baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar baharu berkenaan Program Penghijauan Malaysia dan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat UMS sempena Minggu Suai Mesra (MSM) ke-28 tahun ini.

Menurut kenyataan FPT, setiap pelajar baharu berpeluang menanam sebatang anak pokok dan menjadikan jumlah keseluruhan tanaman pada program tersebut adalah sebanyak 200 anak pokok.

“Antara anak pokok yang ditanam pada program kali ini ialah Selangan Batu, Urat Mata, Cempedak dan Durian.

“FPT juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sabah yang telah menyumbangkan anak-anak pokok berkenaan,” menurut kenyataan itu.

MSM peringkat FPT telah diadakan pada 13 Oktober 2022 bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar baharu unutk mengenali dengan lebih dekat barisan pengurusan FPT, pendedahan mengenai program pengajian yang ditawarkan serta laluan kerjaya yang berkaitan.

Kemasukan pelajar baharu UMS sesi 2022/2023 merupakan ambilan kedua FPT sejak ianya ditubuhkan pada 26 Mac 2021.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya