HomeIsu tempatanCubaan seludup rokok berjaya dipatahkan

Cubaan seludup rokok berjaya dipatahkan

Read Time:1 Minute, 48 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 4,560 karton rokok putih bernilai RM156,000 di kawasan Sungai Merotai Kecil di sini pada 20 Oktober lalu.

Ia merupakan rampasan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Maritim Malaysia Tawau yang sedang menjalankan rondaan Ops Pluto Timur dan Ops Sejahtera di perairan Tawau.

Timbalan Pengarah Zon Maritim Tawau,Komander Maritim Amiludin Yengah berkata, rondaan lebih kurang jam 4.45 pagi itu  berjaya mengesan sebuah bot laju yang bergerak dari arah Pulau Sebatik menuju ke Tawau di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Sungai Merotai Kecil.

“Dalam suasana gelap dan jarak penglihatan yang terhad,usaha pengejaran bot tersebut telah menemukan lokasi pemunggahan dimana terdapat dua buah bot laju dan sebuah lori kargo yang sedang menjalankan aktiviti pemunggahan rokok seludup.

“Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia,tekong bot dan kesemua suspek yang berada di lokasi kejadian telah bertindak melarikan diri ke kawasan hutan bakau berhampiran dan meninggalkan kesemua kotak dipercayai rokok tidak bercukai,dua buah bot laju dan sebuah lori kargo,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amiludin berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian telah menemukan 3,500 kotak rokok jenama Astro, 500 karton rokok jenama Asatu Kretek,560 karton jenama Asatu Mild.

“Turut ditemukan dua buah bot kayu tidak berdaftar dengan enjin 200 kuasa kuda setiap satu serta sebuah lori kargo tiga tan. 

“Kesemua barangan dan kenderaan yang digunakan sindiket dirampas untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 atas kesalahan penyeludupan rokok tidak bercukai,” katanya.

Beliau berkata, nilai rokok yang dirampas adalah berjumlah RM156,000 dan keseluruhan rampasan termasuk kenderaan kira-kira RM300,000.

Katanya, siasatan akan dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam sindiket ini dan beliau percaya bahawa sindiket penyeludupan ini mendapat bekalan rokok seludup dari negara jiran.

“Modus operandi adalah membawa masuk pada waktu sunyi dengan menggunakan bot berkuasa tinggi bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.  Ini merupakan kes kedua pada tahun ini melibatkan aktiviti penyeludupan rokok,” katanya.

Dalam pada itu, dalam dua kes berasingan, sebuah bot ‘Barter Trade’ dari Filipina dan sebuah bot kargo tempatan turut ditahan Maritim Malaysia atas kesalahan memiliki barang kawalan tanpa permit yang sah tempoh hari.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya