HomeIsu tempatan4,732 graduan bakal diraikan sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-24 Disember ini

4,732 graduan bakal diraikan sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-24 Disember ini

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Seramai 4,732 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal diraikan dalam Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24 pada 10-12 Disember 2022.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Profesor Dr. Rasid Mail berkata, majlis konvokesyen selama tiga hari itu akan berlangsung di Dewan Canselor UMS melibatkan sebanyak enam sidang.

“Sidang 1 yang akan dimulakan pada pagi 10 Disember menyaksikan Canselor UMS, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin akan menyampaikan ijazah Doktor Falsafah dan ijazah Sarjana penyelidikan dan kerja kursus kepada graduan.

“Pada Sidang 2 iaitu sebelah petang pada hari yang sama pula akan memperlihatkan graduan dari empat fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Komputeran dan Informatik, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akan menerima skrol ijazah masing-masing,” katanya.

Tambah Rasid lagi, Sidang 3 akan melibatkan graduan dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan serta graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan.

Sementara pada Sidang 4, graduan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan akan dianugerahkan dan seterusnya pada Sidang 5 ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif.

“Bagi Sidang terakhir, sebanyak 5 fakulti terlibat iaitu Fakulti Sains dan Sumber Alam, Fakulti Perhutanan Tropika, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pertanian Lestari dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Untuk rekod, pada tahun ini, UMS telah mengadakan dua majlis konvokesyen iaitu pada bulan Mac bagi graduan tahun 2020 dan bulan Jun bagi graduan tahun 2021.

Sementara bulan Disember depan, majlis konvokesyen diadakan bagi meraikan graduan tahun 2022.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya