HomeIsu tempatanVideo 'Pembuli Jalanan' tular hanya 'content' semata-mata

Video ‘Pembuli Jalanan’ tular hanya ‘content’ semata-mata

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Insiden video ‘Pembuli Jalanan’ di Jalan Putatan, Penampang tular di media sosial baru-baru ini adalah hanya ‘content’ semata-mata untuk meraih jumlah ‘viewer’ yang tinggi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah terkesan dua video tular yang dimuatnaik di platform media sosial pada 24 oktober 2022 mengenai insiden ‘pembuli jalanan’ yang berlaku di Jalan Putatan, Penampang.

katanya, video yang berdurasi 3 minit 35 saat dan 4 minit 3 saat tersebut menunjukkan perilaku pemandu sebuah kenderaan yang sedang membuli pemandu kenderaan yang lain dengan cara kekerasan.

“Susulan insiden itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang telah memanggil pemilik akaun media sosial terbabit ke balai polis untuk mendapatkan keterangan lanjut.

“Hasil siasatan pihak polis terhadap pemilik akaun media sosial terbabit, tujuan video tersebut dimuatnaik adalah untuk ‘content’ di media sosial dan ianya hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah ‘viewer’ yang tinggi,” kata Mohd Haris dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan polis telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan Dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Pihak polis menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam memuatnaik dan berkongsi bahan di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular