Pengiran Mohd Hussein, Dr Zainab penerima anugerah Tokoh Anak Brunei 2022

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Bekas duta Malaysia ke Kemboja Datuk Pengiran Mohd Hussein Datuk Pengiran Mohd Tahir Nasruddin diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Anak Brunei 2022.

Turut menerima anugerah adalah bekas Felo Penyelidikan dan Pakar Neonatologi King’s College Hospital London Dr Zainab Kassim.

Pengiran Mohd Hussein dan Dr Zainab masing-masing menerima anugerah bagi katagori lelaki dan wanita pada Karnival Baurung-Urung anjuran Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS).

Anugerah disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Pengiran Mohd Hussein,75, sebelum ini pernah menjawat jawatan penting di beberapa buah Jabatan kerajaan dan swasta antaranya Jabatan Ketua Menteri Sabah, Department of Industrial Development and Research, Perbadanann Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan Duta Besar Malaysia Ke Kemboja.

Beliau juga banyak terlibat dalam beberapa buah jawatankuasa atau badan seperti Malaysian Business Council (MBC), Sabah Business Council (SBC), The Phillipines-East ASEAN Business Council (BIMP-EABC) dan Jawatankuasa Pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020).

Sementara itu, Dr Zainab memulakan kerjaya sebagai Doktor pasca siswazah (Houseman) Ireland pada tahun 1995 hingg 1996.

Pada tahun 2000 hingga 2003 beliau pernah meniadi Assistant Professor di Kulliyyah of Medicine, UIAM dan Pakar Klinikal pediatrik di HTAA Kuantan.

Dr Zainab juga pernah berkhidmat sebagai Felo Penyelidikan dan Pakar Neonatologi King’s College Hospital London.

Professor Madya di Jabatan Kanak2 Fakulti Perubatan USIM, Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi di Hospital Ampang Kuala Lumpur, Pakar Neonatologi KK Women and Children Hospital Singapura, Pakar Neonatologi di Kings College Hospital London dan Pensyarah Pelawat di ULA. Unisza USIM dan UPNM.

Beliau juga telah menulis dan menterjemah beberapa buah buku dalam bidang kanak-kanak mengarang lebih 20 penerbitan akademik dalam jurnal antarabangsa.

Selain itu beliau telah membentangkan kertas kerja ilmiah di beberapa tempat di Eropah, Amerika Utara dan Malaysia dimana kebanyakan penyelidikan beliau adalah dalam bidang Neonatologi di bawah seliaan Professor Anne Greenough yang merupakan seorang tokoh dunia dalam bidang Neonatologi. – SABAH MEDIA / EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.