HomeIsu tempatanPenyelidik UMS rangkul pingat dalam MRC - IIE 2022

Penyelidik UMS rangkul pingat dalam MRC – IIE 2022

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam penyertaan Malaysian Road Conference Invention & Innovation (MRC-IIE) 2022, baru-baru ini.

Pingat emas pertama dimenangi melalui inovasi bertajuk Recycled Plastic Compressed Paver Block oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Ts. Dr. Lillian Gungat.

Lillian turut meraih pencapaian berganda apabila sebuah lagi kumpulan penyelidik yang diketuainya dianugerahkan pingat gangsa melalui inovasi Rubberised Sandstone Aggregate for Road Construction.

Satu lagi pingat emas dimenangi kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa.

Mereka mencipta inovasi bertajuk An Innovative Production Method of Interlocking Compressed Earth Brick System for Green Building Construction.

Sementara itu, pingat selebihnya iaitu satu pingat perak dimenangi melalui inovasi bertajuk Eco-Friendly Paver Block: Development of Concrete Eco-Paving Blocks using Crumb Rubber Granules and Eco-Processed Pazzolan.Ia dihasilkan oleh kumpulan penyelidik yang diketuai Ir. Ts. Dr. Habib Musa Mohamad.

Berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, kesemua penyertaan penyelidik UMS dikendalikan Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya