PRU15 : Isnin hadir kenduri doa selamat Aminah, kongsi pandangan mengenai pilihan raya

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

BEAUFORT : Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh hadir pada majlis doa selamat calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching di kediamannya di Kampung Klias Kecil di sini kelmarin.

Isnin yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Beaufort turut berkongsi pandangan pelbagai perkara bersama Aminah dan Ketua Bahagian UMNO Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat.

Ini termasuklah hal-hal berkaitan kekeluargaan dan perkembangan politik selain persiapan menghadapi tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menariknya, pada PRU15 ini, kedua-dua gabungan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memutuskan untuk menjadi rakan dalam menghadapi pihk pembangkang susulan kedua-duanya tidak mahu bertembung dalam saingan pilihan raya kali ini.

Berdasarkan kerjasama itu, GRS dipersetujui untuk bertanding di 13 kerusi parlimen manakala BN pula diperuntukkan 12 kerusi termasuk kawasan Parlimen Beaufort.

Parliman Beaufort membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias (Bersatu) dan Kuala Penyu (Bersatu).

Walaupun kedua-dua wakil rakyatnya dari GRS namun kekuatan akar umbi BN yang ditunjangi UMNO di samping kerjasama baik kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS akan memberi kelebihan kepada BN untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan.

Sebelum ini, Ag Aslee yang juga Pengerusi BN Bahagian Beaufort mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan atasan kerana memberi kepercayaan kepada BN untuk bertanding di kawasan tersebut.

“Alhamdulillah, usaha kita untuk inginkan kerusi ini ditandingi BN telah dimakbulkan”, katanya.

Sehubungan itu, katanya, kawasan ini bukan sekadar hasrat untuk bertanding tetapi yang penting penyokong dan rakyat harus mempunyai kesungguhan dan bekerja keras untuk memenangi kerusi berkenaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *