Kerja keras demi kemenangan calon – Redonah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 52 Second

PAPAR: Setiausaha Poitik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda menyeru semua jentera Sri 10 untuk bersatu hati dan bekerja keras demi untuk membantu kempen calon bertanding sekaligus meraih kemenangan kepada calon.

Redonah berkata, jentera Sri 10 (Srikandi) bekerja keras sejak awal untuk bertemu akar umbi dan menyelami permasalahan yang ada di peringkat bawah.

“Kerja keras jentera dari Srikandi Sri10 di setiap kawasan, seluruh negeri Sabah sejak awal lagi, sememangnya berfokus untuk membantu calon serta membawa kemenangan kepada perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa hadir dalam sebuah perjumpaan jentera Srikandi Sri10 di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengalat, Papar pada Selasa.

Hadir sama Wakil Rakyat kawasan Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Ketua Srikandi Bersatu Papar, Fahzean Mohiddin, Naib Ketua Bahagian Bersatu Papar, Ir Rohan Ahmad, PPM Dun Kawang, Roslie Ibrahim serta jentera Sri 10 PDM Pengalat.

Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Kota Marudu berkata semua gerak kerja Srikandi telah dirancang dan disusun rapi dengan kerjasama serta idea dari semua ahli.

“Kita bergerak dan bersatu hati dalam membawa perjuangan kita kepada akar umbi dan insyaAllah, semoga segala usaha kita sejak awal kita bertapak hingga saat ini mampu membantu kepada sesuatu yang bakal memberi perubahan lebih baik kepada semua rakyat dan akar umbi.

“Inilah matlamat kita, inilah yang kita bawakan dan perjuangankan, kita bersama dan bersatu hati, semoga semua usaha kita mampu meraih suatu impak positif kepada kita semua kelak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Redonah turut menyeru semua untuk yakin dan memberi peluang kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali bagi membawa suara rakyat Papar ke Parlimen.

“Kita kenal saudara kita ini, kita tahu pengalaman beliau dalam bidang ini macam mana dan kita yakin beliau (Armizan) mampu membawa dan mengubah Papar kepada sesuatu yang lebih lagi.

“Beliau ada karisma dalam kepimpinan dan kerja keras beliau dari muda memang tidak boleh kita sangkal lagi.

“Saya yakin pengalaman beliau banyak membantu dan membentuk peribadinya yang mana seperti kita kenal hari ini, kita yakinkan rakyat di sini untuk beri peluang kepada calon, mudah-mudahan ada rezeki untuk kita bawa suara Papar dari pihak kita, GRS.

“Kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang saling utuh dan bekerjasama, untuk membawa sesuatu yang lebih kepada semua di Papar dan di Sabah insyaAllah,” ujarnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *