PRU15 : Bahan kempen calon GRS Kota Kinabalu dirosakkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Lebih daripada 100 bendera, poster dan banting calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimem Kota Kinabalu, Yee Tsai Yiew telah dirosakkan dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kebanyakkan daripada bahan kempen tersebut telah dikoyakkan termasuk bendera turut dipatahkan dan poster diconteng.

Tsai Yiew meluahkan rasa sedih dengan kejadian tersebut dan merasakan ia adalah tindakan khianat.

“Saya berasa sangat kecewa dengan tindakan orang yang tidak bertanggungjawab ini. Namun begitu, saya anggap ianya satu cabaran ketika berkempen dan ini tidak sedikit pun mematahkan semangat saya dan jentera parti untuk meneruskan kempen pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15).

“Kita kena matang dalam berpolitik dan biarlah pihak yang berwajib mengambil tindakan susulan,”katanya.

Tsai Yiew turut memaklumkan bahawa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dibuat dan pihak mereka akan mengambil tindakan lanjut.

Pada PRU15, Parlimen Kota Kinabalu menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Yeo Yan Yin@ Amanda (Warisan), Winston Liaw Kit Siong (PKDM), Chan Foong Hin (PH), Yee Tsai Yiew (GRS) dan Marcel Jude (Bebas).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *