HomePolitikPRU15 : BN Sabah hargai kerjasama pucuk pimpinan, jentera GRS hadapi pilihan...

PRU15 : BN Sabah hargai kerjasama pucuk pimpinan, jentera GRS hadapi pilihan raya

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah amat menghargai kerjasama yang diberikan pucuk pimpinan dan jentera parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membantu pelaksanaan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, kepimpinan serta jentera parti BN juga sentiasa menunjukkan semangat setiakawan dalam membantu menawan kerusi-kerusi lawan GRS.

“Dinamika ini sudah tentu menunjukkan keunikan BN dan GRS yang mewujudkan satu kerjasama utuh serta gandingan mantap dalam membantu satu sama lain memenangkan calon bertanding.

“Jangan dengar atau terperdaya dengan taktik kotor pihak lawan yang sengaja menimbulkan isu, kerana mereka kini tidak menyangka dan ada yang tidak senang duduk dengan kemuafakatan jentera antara kedua-dua gabungan ini beraksi pada PRU15 kali ini.

“Kita di pihak BN Sabah sentiasa menghargai semangat setiakawan ini dan berharap momentum ini berterusan serta diterjemahkan kepada kemenangan calon kita,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Raime berkata, mengenai kempen yang dijalankan, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan kempen calon dan meminta jentera penerangan bahagian untuk terus komited berkerja demi parti.

“Patuhi garis undang-undang pilihan raya sedia ada dan sampaikan maklumat sama ada intipati calon secara telus.

“Manfaatkan semua sumber yang seperti pemakluman menerusi ada media,aplikasi sosial dan pertemuan secara bersemuka dengan rakyat, akar umbi untuk menjelaskan intipati kempen dijalankan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya