HomeUtamaCalon GRS & BN Semporna bergerak bersama sepanjang kempen

Calon GRS & BN Semporna bergerak bersama sepanjang kempen

Read Time:55 Second

SEMPORNA: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Semporna, Nixon Abdul Habi dan calon Barisan Nasional (BN) Dun Bugaya, Abd Aziz bergerak bersama sepanjang kempen sehingga tarikh pembuangan undi.

Nixon dan Abd Aziz ketika ditemui masing-masing sepakat kombinasi jentera kedua-dua parti melancarkan pergerakan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Kalau mahu berjaya kena kerja keras kerana kita berdepan dengan calon saingan adalah Presiden Parti Warisan dan calon lain juga tidak boleh dipandang ringan,” kata mereka ketika ditemui selepas bertemu pengundi di Kg Mesra di sini.

Nixon yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Semporna berkata, kempen secara bersama lebih mudah dan praktikal untuk kedua-dua jentera.

“Kita akan berkempen bersama-sama, di mana kawasan yang kita tidak dapat pergi jentera akan lakukan untuk membantu kemenangan kita sehingga tarikh pengundian berlangsung,” katanya.

Sementara Abd Aziz yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna memberitahu pergerakan kempen kedua-dua calon seperti perancangan yang telah dirangka dan penerimaan masyarakat yang ditemui juga sangat positif.

“Kita berusaha sedaya upaya dan dibantu dengan jentera kempen malah dipihak saya memilih pendekatan melihat lokaliti untuk mendekati penduduk kita cuba memahami keperluan penduduk,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya