HomeUtamaPRU15 : Abdul Rahman layak dilantik TPM - Musa Aman

PRU15 : Abdul Rahman layak dilantik TPM – Musa Aman

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA BELUD: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilihat mempunyai kriteria yang baik selain mempunyai pengalaman luas untuk memegang jawatan penting dalam kabinet Persekutuan.

Perkara itu diakui bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman selain menyatakan sokongan agar Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili Sabah jika BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Musa berkata, calon BN yang diletakkan di Kota Belud itu mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan pusat selain memiliki ciri kepimpinan yang baik.

“Bukan itu sahaja, beliau (Rahman) juga saya sifatkan sebagai seorang yang rajin dan mempunyai perancangan yang strategik.

“Pengundi Kota Belud mesti bersatu menyokong Rahman kerana beliau adalah pemimpin yang berkelayakan untuk jawatan itu bawah BN-Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa ceramah politik yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang di Usukan di sini semalam.

Hadir sama, calon BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bistari.

Sebelum ini Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan melantik tiga Timbalan Perdana Menteri jika gabungan itu menang pada PRU15.

Daripada jumlah itu akan mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Abdul Rahman sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal, sebelum memberi laluan kepada Datuk Seri Salleh Said Keruak bertanding di kerusi itu pada PRU14.

Namun Salleh Said tewas kepada calon Warisan iaitu Isnaraissah Munirah Majilis.  Abdul Rahman kemudiannya bertukar kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU14 namun strategi itu gagal apabila beliau tewas kepada Datuk Seri Azis Jamman daripada Warisan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya