HomeUtamaPRU15 : Perang bendera semakin rancak di ibu negeri selepas seminggu berkempen

PRU15 : Perang bendera semakin rancak di ibu negeri selepas seminggu berkempen

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di beberapa kawasan Parlimen di negeri ini semakin terasa dan dapat dilihat dengan kibaran bendera parti bertanding di sepanjang jalan khususnya sekitar ibu negeri.

Tinjauan Sabah Media di beberapa kawasan melibatkan Parlimen Penampang dan Kota Kinabalu di sini mendapati bendera parti-parti bertanding khususnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) serta beberapa parti lain turut kelihatan dipasang.

Ini juga boleh diibaratkan sebagai perang bendera apabila kedua-duanya (bendera) digantung bertentangan dan tidak jauh antara satu dengan lain.

Selain bendera, poster-poster calon yang bertanding turut kelihatan dipasang di beberapa kawasan strategik.

Antara calon yang mula rancak memasang poster adalah calon GRS Parlimen Kota Kinabalu Yee Tsai Yiew; calon BN Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya; calon GRS Penampang Kenny Chua selain beberapa calon parti pembangkang lain.

Secara keseluruhan, bendera dan poster BN dan GRS dilihat lebih banyak dipasang berbanding parti-parti lain setakat ini. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya