Jangan nilai kelemahan tapi lihat sumbangan yang diberi – Jafery

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 44 Second

PENAMPANG: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Penampang, Kenny Chua Teck Ho banyak memberi sumbangan di kawasan parlimen ini, kata Pengarah Operasi GRS Pusat Kepayan, Jafery Jomin.

“Jangan nilai kelemahan sebaliknya lihat kepada sumbangan yang telah diberikan calon di kawasan Parlimen Penampang,” kata Jafery bagi mempertahankan Kenny Chua yang diserang secara peribadi oleh pihak lawan dengan menggunakan gambar dan video ditularkan di media sosial beberapa hari lalu.

Jafery yang juga Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, pihak lawan sudah ketandusan idea, mereka tidak tahu banyak sumbangan Kenny Chua telah berikan untuk warga Penampang

“Sebelum ini, rakyat tahu dan sedar bahawa Kenny Chua adalah manusia biasa seperti kita semua yang ada ‘kain kotor di rumah’ tetapi rekod beliau banyak membantu di Inanam semasa beliau sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam dan selepas menjadi penyelaras Parlimen Penampang.

“Beliau juga tidak pernah berhenti memberi bantuan untuk Parlimen Penampang berbanding pihak lawan Pakatan Harapan (PH) yang hanya datang memberi janji serta harapan kepada warga Penampang seminggu sebelum penamaan calon,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jafery berkata, prestasi kerja Kenny Chua lebih baik berbanding calon pihak lawan, PH Datuk Ewon Benedick yang tidak banyak membantu warga Penampang.

“Kenapa calon PH tidak pernah bersuara secara lantang mngenai masalah dan isu di Penampang selama ini dan kenapa baru sekarang mahu menjadi ‘malaikat dan hero’ untuk rakyat Penampang.

“Jawapannya adalah calon berkenaan adalah seorang pemimpin yang tidak punya prinsip kerana dulu dia adalah rakan seperjuangan peminpin Parti Warisan iaitu Datuk Darell Leiking yang merupakan wakil rakyat atau Ahli Parlimen dua penggal Parlimen Penampang tetapi kini calon PH sendiri menjadi pengkhianat kepada Darell,” katanya.

Justeru itu, Jafery meminta supaya pengundi di Penampang tidak mudah tertipu dengan calon PH yang sebelum ini telah ‘melompat’ dari Barisan Nasional (BN) ke Warisan.

“Jangan kita lupa sejarah, angin perubahan bermula dari 2018 sebenarnya dirosakkan dan dimulakan mereka sendiri yang terus mengejar pemimpin ‘Malaya’ PH yang berlompatan secara besar-besaran melalui langkah Sheraton dan menjadikan kerajaan PH dan Warisan di Sabah jatuh kerana mereka semua gagal mentadbir dan menjaga keharmonian antara mereka sendiri,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *