HomePolitikPRU15 : Yamani Hafez sendiri nyatakan hasrat tidak mahu bertanding - Hajiji

PRU15 : Yamani Hafez sendiri nyatakan hasrat tidak mahu bertanding – Hajiji

Read Time:1 Minute, 39 Second

BEAUFORT : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil keputusan meletakkan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Datuk Matbali Musah sebagai calon di Parlimen Sipitang selepas penyandang Datuk Yamani Hafez Musa menyatakan hasrat untuk tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau telah memberikan peluang kepada penyandang (Yamani Hafez) untuk berfikir semula berhubung keputusan tidak mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya kali ini.

“Disini saya ingin ambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Yamani Hafez Musa atas sumbangan beliau kepada Sipitang selaku Ahli Parimen sebelum ini.

“Sebenarnya beliau jumpa saya menyatakan bahawa beliau tidak ingin bertanding pada pilihan raya kali ini. Saya beri peluang kepada beliau, saya nyatakan Datuk kena fikir baik-baik, Datuk seorang pemimpin muda dan berwibawa.

“Beliau datang ke rumah menyatakan hasrat tersebut, saya tidak terima dan beri beberapa hari peluang untuk berfikir namun keputusan tetap sama. Sehingga hari pengumuman calon, saya buat keputusan untuk meletakkan saudara Matbali (Musah) sebagai calon GRS di Sipitang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat Parlimen Sipitang di Bandar Mingo Beaufort di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam dan Calon GRS Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, beliau yakin calon yang diletakkan di Parlimen Sipitang akan dapat meneruskan kesinambungan dalam membawa pembangunan kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Saudara Matbali tidak kurang hebat dengan caon lain dan pemimpin lain di Sipitang ini. Kita perlu beri peluang kepada beliau untuk meningkatkan taraf Pembangunan di Sipitang.

“Beliau juga calon kita dalam Kerajaan GRS dan Barisan Nasional (BN). Kita sama-sama membentuk Kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu dan kerana itu Kerajaan yang kita muafakat bersama ini kita teruskan di Sabah.

“Oleh itu, saya harap rakyat di Sipitang menjadi pemilih yang bijaksana. Kita mesti pilih calon wakil Kerajaan. Jangan lagi salah pilih,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya