HomeUtamaTolak pemimpin politik lari dari tanggungjawab mereka kepada rakyat - Lau

Tolak pemimpin politik lari dari tanggungjawab mereka kepada rakyat – Lau

Read Time:1 Minute, 14 Second

SANDAKAN: Calon GRS P186 Sandakan, Lau Chi Keong @ Thomas Lau menyeru warga Sandakan untuk menolak pemimpin politik yang lari dari melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Lau berkata, penduduk Sandakan perlu tahu bahawa penyelenggaraan infrastruktur awam bukan suatu perkara kecil dan menyelesaikannya juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab seorang wakil rakyat.

“Beberapa penduduk telah mengajukan kepada saya masalah seperti parit tersumbat dan lampu jalan rosak selepas rayuan mereka untuk bantuan kepada wakil rakyat penyandang tidak diendahkan,” katanya.

Lau berpendapat seorang ahli parlimen mempunyai kapasiti untuk memastikan isu-isu ini ditangani dalam masa yang sesingkat mungkin demi kepentingan rakyat.

Lau berkata demikian semasa program ramah mesra bersama ahli-ahli Persatuan Tukang Masak Sandakan dan juga Persatuan Kafe dan Restoran Sandakan pada petang Ahad.

Lau memberi jaminan bahawa beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebaliknya berusaha menyelesaikan masalah ini sekiranya pengundi Sandakan memberinya mandat sebagai Ahli Parlimen pada 19 November ini.

Beliau berkata penyelenggaraan infrastruktur awam yang diurus dengan baik adalah amat penting kerana ia akan memberi imej positif kepada bandar Sandakan.

“Pengurusan penyelenggaraan infrastruktur awam dan kebersihan persekitaran bukanlah perkara remeh. Ini kerana ia boleh menjejaskan minat pelabur untuk datang melabur di Sandakan,” tegas Lau.

Lau juga merayu warga Sandakan yang mengadu tentang kelembapan ekonomi supaya memberi peluang beliau melaksanakan perancangannya meningkatkan ekonomi Sandakan.

“Saya merayu kepada pengundi Sandakan untuk undi saya, undi GRS , dan saya akan bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menangani masalah rakyat seperti memulihkan ekonomi, kos sara hidup, kemudahan asas yang lebih baik serta perumahan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya