HomeIsu tempatanYaPEIM agih bantuan 'Food Bank' bernilai RM3.3 juta

YaPEIM agih bantuan ‘Food Bank’ bernilai RM3.3 juta

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengagihkan bantuan Food Bank bernilai RM3.3 juta di Sabah bagi tahun 2022.

Pemangku Ketua Pengarahnya, Awang@Musran Tawil berkata, sumbangan bantuan makanan asas itu dilihat lebih dekat dengan masyarakat dan telah diedarkan di seluruh Sabah.

“Selain itu, YaPEIM juga bekerjasama dengan majlis agama memberikan bantuan berbentuk emas bagi mengembangkan ekonomi ummah dengan memfokuskan kepada pembangunan keusahawanan.

“Penerima boleh mencagarkan emas tersebut di Ar Rahnu YaPEIM dengan kadar yang tinggi tanpa dikenakan cas faedah keuntungan.

“Ini mampu memberikan peluang kepada usahawan asnaf mendapatkan modal pusingan bertujuan mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Terdahulu, turut membuat kunjungan hormat ialah Presiden Persatuan Jururawat Sabah (SANA), Tumble@Tomblow Ngadiran dan rombongan bagi memperkenalkan barisan Jawatankuasa SANA sesi 2022/2024 yang baharu dilantik selain memaklumkan perkembangan persatuan kepada Tun Juhar selaku penaung.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular