HomeIsu tempatanPRU15 : Bomba bantu bawa pengundi terputus hubungan ke pusat pengundian

PRU15 : Bomba bantu bawa pengundi terputus hubungan ke pusat pengundian

Read Time:47 Second

TENOM : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini melaksanakan operasi membawa pengundi ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia Sook di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, ia berikutan jalan ke lokasi berkenaan ditenggelami air selain laluan utama juga dinaiki air sehingga paras pinggang.

“Seramai 11 anggota dan pegawai bersama dua buah lori; pacuan empat roda dan bot telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bertindak membantu untuk mengambil pengundi dari Simpang Rancangan Belia dan dihantar ke Pusat Pengundian menggunakan lori Bomba.

“Kerja-kerja mengambil dan menghantar pengundi masih dijalankan sehingga kini. Maklumat terkini akan dihantar dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Parlimen Pensiangan ini menyaksikan perlawanan lima penjuru iaitu calon Barisan Nasional iaitu Datuk Arthur Jospeh Kurup; Datuk Dr. Sangkar Rasam (Pakatan Harapan), Jeckerison Kilan (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat), Siti Noorhasmahwaty Osman (Parti Warisan) dan Jamani Derimin Gampalid (Parti Pejuang). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular