HomeUtamakoalisi politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP - Hasni

koalisi politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP – Hasni

Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR: UMNO Johor menzahirkan kepercayaan penuh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip selaku Presiden parti, demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemilihan UMNO tidak lama lagi perlu berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan (restore) UMNO.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, keyakinan pengundi kepada UMNO perlu segera dipulihkan agar parti itu kembali diyakini semua rakyat Malaysia.

“Buat masa sekarang, keutamaan parti-parti politik di Malaysia adalah untuk membentuk sebuah gabungan politik yang stabil dan kerajaan yang berfungsi serta moderat untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa hadapan

“Oleh yang demikian UMNO Johor berpendirian bahawa koalisi politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan beberapa pemimpin kanan UMNO dan BN telah menggesa Ahmad Zahid untuk berundur daripada terus mengetuai parti itu.

Ketika ini, Ahmad Zahid dilaporkan sedang mengadakan pertemuan dengan barisan pemimpin PH yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

SMK Lok Yuk & SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular