HomeUtamaPRU15 : Dua calon bebas di Sabah dan Wetrom sokong PN, Muhyiddin...

PRU15 : Dua calon bebas di Sabah dan Wetrom sokong PN, Muhyiddin sebagai PM10

Read Time:59 Second

KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Parlimen di Sabah masing-masing dua daripada calon Bebas dan seorang calon Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) memilih untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Calon Bebas Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menerusi laporan Astro Awani berkata, beliau bersama abangnya dan seorang lagi calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tenom bersama di belakang Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Sudah pasti saya memberi sokongan kepada PN dan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Begitu juga Kota Marudu (abang saya) dan Riduan Rubin (Tenom),” katanya.

Difahamkan, Verdon bersama abangnya Wetrom dan Riduan telah mengadakan pertemuan dikediaman Muhyiddin di ibu negara.

Turut bersama adalah Presiden PKDM Datuk Peter Anthony.

Dalam pada itu, PN dalam satu kenyataan memaklumkan telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kata Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurutnya, jumlah SD yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya