KVLD raih dua pingat perak IVEDIIC 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:44 Second

LAHAD DATU : Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) berjaya meraih dua pingat perak dalam pertandingan International Virtual Educational Invention, Innovation & Design Competition (IVEDIIC) 2022.

Ia menerusi penyertaan pasukan pelajar dalam Program Agroindustri Ternakan Ruminan KVLD dan pasukan Projek Inovasi Cufeed A1 KVLD yang dianjurkan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.

“Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan pensyarah dan pasukan pelajar Program Agroindustri Ternakan Ruminan kerana telah memenangi pingat perak dalam pertandingan tersebut. 

“Semoga pencapaian ini menjadi motivasi dan penyuntik semangat kepada warga KVLD untuk menyertai pertandingan inovasi pada masa akan datang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan KVLD di sini hari ini.

Dalam pada itu, KVLD turut menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan pelbagai pihak sehingga diperingkat antarabangsa.

Antaranya seperti diperingkat Kebangsaan iaitu BIF028 (gangsa); ICBE; Kreativ dan Pereka selain turut menyertai pertandingan peringkat antarabangsa seperti IVEDIIC (perak); IVEDIIC (pelajar) dan I-Arc. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *