HomeUtama"Majlis Semarak Bakti, Simpulan Ukhuwah" erat silaturrahim

“Majlis Semarak Bakti, Simpulan Ukhuwah” erat silaturrahim

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: “Majlis Semarak Bakti, Simpulan Ukhuwah” anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah berlangsung di Kimanis Ballroom Hyatt Regency di sini pada Selasa.

Pengarah JHEWA Haslina Ismail berkata, tujuan majlis itu diadakan adalah mengeratkan hubungan silaturrahim antara isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M.Jasni bersama pihak Jabatan Hal Ehwal Wanita, Majlis Penasihat Wanita Sabah mahupun komuniti setempat serta Media.

Pengarah JHEWA Haslina Ismail

“Majlis Semarak Bakti, Simpulan Ukhuwah ini merupakan majlis khas yang diadakan bagi menjemput Yang Berbahagia Toh Puan untuk bersama-sama dengan masyarakat sekali gus menyempurnakan penyerahan bantuan khas kepada golongan ibu tunggal serta anak-anak yatim yang terpilih.

“Pada masa sama, majlis ini disekalikan dengan penyampaian hadiah pemenang Video Kreatif kepada beberapa penerima yang layak setelah video pengisian dan cinematografi mereka dinilai oleh juri profesional,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Menurut Haslina, program ini juga antara majlis akhir tahun JHEWA dan MPWS bersama pihak Media yang telah membantu memberikan kerjasama membuat liputan dalam sebarang program anjuran JHEWA & MPWS sebelum ini.

Hadir sama Pengerusi MPWS Datuk Dr Tarsiah TZ Taman.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian murid sekolah kebangsaan dan nyanyian dari kumpulan buskers.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya