HomePolitikSeperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan...

Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan – Hishamuddin

Read Time:54 Second

KUALA LUMPUR : Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedia dipecat oleh parti sekiranya gabungan itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No AnwarNo DAP.

“Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, spekulasi perbincangan kerjasama antara BN dan PH bagi membentuk kerajaan hangat diperkatakan selepas kedua-dua pimpinan tiba untuk pertemuan yang tidak dinyatakan di sebuah hotel di ibu negara.

Bagaimanapun, Hishammuddin yang menolak untuk bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO selepas BN tewas pada PRU14 dilaporkan tidak kelihatan dalam pertemuan berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam satu sidang media di ibu negara berkata, mana-mana Ahli Parlimen daripada BN yang menandatangani sebarang dokumen terutama SD untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

Beliau berkata, ini kerana tindakan itu melanggar Perlembagaan parti

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya