HomePolitikSurat sokong Anwar jadi PM bukan keputusan konsensus BN - MCA 

Surat sokong Anwar jadi PM bukan keputusan konsensus BN – MCA 

Read Time:1 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR — Surat mengenai Barisan Nasional (BN) memberi kepercayaan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 bukan keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam. 

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dalam kenyataan hari ini berkata sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian untuk tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini. 

Sepucuk surat bertarikh semalam dengan kepala surat BN yang ditandatangani Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kepercayaan dan sokongan penuh kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam pembentukan kerajaan.

Surat yang tular itu dikatakan dipersetujui ketika Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam. 

Chong berkata MCA dan parti komponen BN telah mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN. 

“Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat itu, namun mengakuinya selepas seorang daripada anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih,” katanya. 

Beliau berkata surat yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN, dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda. 

Justeru, beliau berkata MCA percaya bahawa Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai pengerusi dan sekali lagi menggesa beliau untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan digantikan dengan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan sebagaimana yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi. 

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya