HomePolitikPBRS akur keputusan BN, elak kemelut politik berlarutan 

PBRS akur keputusan BN, elak kemelut politik berlarutan 

Read Time:1 Minute, 13 Second

KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akur dengan keputusan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan baharu demi kestabilan dan kebaikan negara. 

Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata PBRS dan BN tidak boleh membiarkan kemelut politik terus berlarutan yang memperlihatkan tindakan tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Maka BN terpaksa membuat keputusan untuk bekerjasama dengan satu pihak supaya kerajaan baru dapat diwujudkan dan kerajaan dapat terus berfungsi.

“Sebagai parti yang sentiasa mengutamakan rakyat, PBRS akan akur dengan keputusan yang akan dibuat bersama oleh kepemimpinan BN untuk mewujudkan kerajaan baru demi kestabilan dan kebaikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arthur berkata, sebagai ahli BN, beliau merayu supaya solidariti dalam parti diperkukuhkan, malah ini bukan masa yang sesuai untuk mewujudkan konflik di antara rakan komponen dan kepimpinan. 

“Kita boleh bincang kita boleh bagi pendapat tapi akhirnya kita mesti bersatu kembali. Rakyat mengharapkan kita sekali lagi menyelamatkan negara daripada kemelut politik ini. 

“Secara tidak sengaja, sekali lagi dacing dipanggil untuk mengimbangi keadaan politik negara,” katanya.

Malam tadi, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memuktamadkan keputusan menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tetapi bukan yang diterajui Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan berkata keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MKT UMNO.

MKT UMNO turut memperkukuhkan sokongan mereka kepada presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk terus kekal sebagai Pengerusi BN.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya